Campini Caproni CC.2 (kadang kala dirujuk sebagai N-1) merupakan kapal terbang berkuasa
thermojet awal.Pada tahun
1931 jurutera
Itali Secondo Campini menghantar lapuran berkenaan potensi
tujahan jet kepada Kementerian Udara Itali (Italian Air Ministry), dan pada tahun berikutnya, membuat pertunjukan
bot berkuasa jet di
Venice. Pada tahun
1934, Kementerian Udara meluluskan kebenaran bagi pembangunan kapal terbang jet bagi membuktikan prisip enjin jet.Sebagaimana direka oleh Campini, kapal terbang tidak mempunyai enjin jet sebagaimana yang kita kenali masa kini. Sebaliknya,
enjin piston biasa 670 kW (900 hp) Isotta Fraschini L. 121/R.C. 40) digunakan bagi memberi kuasa kepada pemampat gas, yang memaksa udara mampat ke dalam kebuk pembakaran dimana ia bercampur dengan bahan api dan menyala. (Exhaust ) dihasilkan oleh pembakaran ini digunakan bagi memecut pesawat kehadapan. Campini menggelar tatarajah ini sebagai "thermojet".Campini mendapatkan kilang kapal terbang
Caproni bagi membantu membina prototaip, dan dua kapal terbang dan satu model tidak terbang (asas ujian) akhirnya dibina. Penerbangan pertama dilakukan pada
27 Ogos,
1940 dipandu oleh
juruterbang ujian Mario de Bernardi.Kapal terbang tersebut dijadikan sebagai alat
propaganda secara besar-besaran oleh
Mussolini dan
Fédération Aéronautique Internationale yang menyedari bahawa ini merupakan kali pertama penerbangan kapal terbang jet yang berjaya, walaupun ia kemudiannya diketahui bahawa penghormatan ini sebenarnya kepunyaan
Heinkel He 178 yang terbang setahun penuh sebelumnya, dan menggunakan
turbojet sebenar.Selepas
Perang Dunia II, salah satu prototaip dihantar ke
UK untuk kajian di Royal Aircraft Establishment di Farnborough, dan kemudiannya telah hilang dan kemungkinannya dilupuskan. Prototaip yang lain kini dipamerkan di Aeronautical Museum of Vigna di Valle di
Rome dan badan pesawat asas ujian darat terdapat di Museum of Science and Technology di
Milan.